(Ya Rasulullah…) Kau masih tersenyum mengubat lara Selindung derita yang kau rasa Senyuman yang mententeramkan Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita Di pangkuan isterimu Humaira? Menunggu saat ketikanya Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air Kau sapu di muka mengurangkan pedih Beralun zikir menutur kasih Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwamu berlalu Linangan air mata syahdu Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima Bahkan payah untuk Umar mempercaya Tetapi iman merelakan jua Bahawa manusia ?kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba Gerhanalah seluruh semesta Walaupun kau telah tiada Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulullah Kau tinggalkan kami warisan yang abadi Dan bersaksilah sesungguhnya Kami merinduimu…
Nyanyian: In-Team Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan Album : Tiada Lagi Kasih Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd. Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Sumber : http://liriknasyid.com
No comments:
Post a Comment