Sunday, February 21, 2010

warong ayahda

Assalamualaikum


NUHIN WARUNG SOTO





Bagi penduduk yang tinggal di Rengit, Batu Pahat, Johor, mungkin dah biasa dengan nama dan warung ini.

UTK PENGETAHUAN

Warung ini telah diusahakan oleh Hj. Nuhin B Rahmat (wak Nuhin) berusia 70 tahun dan Isteri Hjh Baenah bte Marjan berusia 57 tahun serta anak-anak mereka (termasuk penulis blog ni)hehehe. beliau telah telah memulakan perniagaan warung soto ini sekitar tahun 1985 hingga sekarang dan hampir 25 tahun warung ini telah beroperasi.






Warung ini beroperasi

Hari : Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
Jam : 10.00 pagi hingga 6.30 petang

Tempat :

No 1, Jln Jaya Diri,
83100 Rengit, Batu Pahat,
Johor.

link utk peta:
http://maps.google.com.my/maps/mpl?ie=UTF8&moduleurl=http:%2F%2Fmaps.google.com.my%2Fhelp%2Fmaps%2Flocal_search%2Fmapplet.html&mapclient=google&f=q&hl=en&ll=1.69937,103.139648&spn=0.061599,0.109863&z=14

p/s :

untuk sesiapa yang belum lagi merasai soto wak nuhin ini. boleh la anda pergi utk merasai kenikmatan soto sebenar...InsyaALLAH..

sedap dari ALLAH SWT.


gambar-gambar yang boleh memukau anda:



mangkuk soto




antara bahan-bahannya
-ayam
-lontong
-daun sup
-tauge



kuah soto yang memukau jiwa



ayam goreng

Monday, February 8, 2010

TAFSIR QURAN PERKATA & Prosedur menjadi EGEN


Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif. Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).


Istimewa 5 dalam 1 :
  1. Terjemahan per kata
  2. Terjemahan ayat
  3. Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
  4. Nota kaki sebagai huraian tambahan
  5. Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab

Ciri-Ciri Istimewa :
  1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
  2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu) SEKIRANNYA ADA STOK
  3. Berat hanya 1.3 kg.
  4. Saiz A4.
  5. mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.




Tafsir bukan Terjemahan, begitulah menurut penulis tafsir ini. kerana perkataan غشوة misalnya bermaksud tutup/tabir, tetapi di dalam Tafsir Per Kata ini tafsirnya ditulis terus di bawah setiap lafaz arabnya; "terdapat tutup (sehingga tidak melihat kebenaran)."

Tafsir Per Kata ini juga dilengkapi dengan Asbab An-Nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran. Semuanya lengkap dalam satu naskah sahaja.

Walaupun dalam bahasa Indonesia, tetapi mudah sahaja difahami. Tambahan pula, kita di Malaysia ini memang sudah biasa menggunakan tafsir Indonesia.Sangat sesuai dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira umur.

Bagi mereka yang belum pernah belajar bahasa Arab, Tafsir ini sangat membantu. Setiap kalimah telah diceraikan, memudahkan anda mengetahui maknanya. Secara tidak langsung, membantu anda mengetahui tempat waqaf bacaan Al-Quran berdasarkan makna ayat yang sempurna. Begitu juga bagi mereka yang pernah belajar Bahasa Arab, Tafsir ini mampu membantu anda 'refresh' kembali kemahiran Bahasa Arab anda.

Bagi pelajar Pengajian Islam, SPM, STPM, STAM Guru-Guru Pendidikan Islam, Guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ), Pegawai Jabatan Agama tidak lengkap kiranya jika tidak memiliki naskah Tafsir ini.



Tafsir ini lebih bermanfaat jika dijadikan hadiah hari lahir, hadiah buat ibu bapa, adik beradik, hantaran perkahwinan dan pelbagai lagi... Tetapi jangan lupa pula menggalakkan mereka membacanya...


Jangan ketinggalan memiliki Tafsir yang hebat ini. Jika PlayStation, komputer, dan segala macam jenis alat permainan kita mampu beli, mengapa tidak Tafsir ini???


LANGKAH PEMBELIAN
  1. Hubungi saya (Mohammad ilyas : 0132509832) untuk membuat tempahan.
  2. Buat bayaran melalui akaun Maybank (Mohammad Ilyas Bin Nuhin : 151445105143).
  3. Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam setelah bayaran anda disahkan.

RM100 (PENGHANTARAN MELALUI POS RM10)


InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan di akhirat...

Terima Kasih




untuk sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh sahaja terus berunding dengan saya

Mohammad Ilyas Bin Nuhin
013-2509832

Keraguan anda berkaitan hukum pos Al-Quran boleh rujuk :
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=42




PROSEDUR UNTUK MENJADI EGEN TAFSIR QURAN PERKATA


Assalamualaikum....

Ada rakan-rakan kita yang ingin menjadi pengedar tafsir quran perkata ini....

Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT...

Tafsir ini merupakan satu kaedah ulama' bagi membantu ummah dalam memahami al-quran, tidak rugi bagi sesiapa yang dapat memahami al-quran kerana ganjarannya sangat banyak Allah SWT sediakan pada hambanya, antaranya :

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Ok, bagi rakan-rakan yang ingin menjadi pengedar, harga yang saya tawarkan untuk pengedar adalah seperti berikut :


BILANGAN TAFSIR & HARGA SEUNIT


8 - 15 buah : RM85

16-50 buah : RM80



***Kesemua urusan jual beli ini adalah secara TUNAI SAHAJA.

Harga pasaran sekitar RM 120 - RM150


Bagi rakan-rakan yang ingin menjadi pengedar, syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Anda sekurang-kurangnya sudah memiliki sebuah Tafsir Quran Perkata sebagai sampel.

2. Anda dikehendaki membaca Mukaddimah Tafsir Quran Perkata.

3. Cuba mengamalkan pembacaan dengan menggunakan Tafsir ini.

4. Niat bukan sahaja untuk berniaga bahkan untuk memahami Al-Quran.




Gambar : contoh banner yang digantung untuk meja jualan

Bagi urusan penghantaran, ada 4 kaedah:

1. Dengan pos laju.
Barang akan sampai dalam masa 1 hari selepas penghantaran. Barang akan dibungkus dalam 1 kotak. 1 Tafsir kosnya adalah RM10.70. Jika 10 buah, maka kos posnya adalah RM107.00.

2. Dengan pos biasa tetapi berdaftar.
Barang akan sampai dalam masa kurang 8 hari. Kos bagi 1 Tafsir adalah RM5.00. Jika 10 buah, maka kos pos adalah RM50.00.

3. Dengan bas.
Barang akan sampai di stesen bas. Perlu menunggu di stesen bas. Kos penghantaran sekitar RM25 bagi 1 kotak.

4. Datang ambil sendiri.



untuk keterangan lanjut hubungi penulis :

Mohammad Ilyas Bin Nuhin

celcom : 0 1 3 - 2 5 0 9 8 3 2

ilyas_5901@yahoo.com

Sunday, January 31, 2010




(Ya Rasulullah…)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu…

Nyanyian: In-Team
Senilagu : Frizdan Senikata : Frizdan
Album : Tiada Lagi Kasih
Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Fizarahman Zainal Susunan Muzik : Firdaus Mahmud
Sumber : http://liriknasyid.com

Wednesday, January 13, 2010

bila saat kematian tiba

TAMBAH ILMU TENTANG AL_QURAN

Tahukah anda?

sebuah al-Quran mengandungi :

30 Juzuk
60 Hizb
240 Rubu'
114 Surah
6236 Ayat
77437 Kalimah
323671 Huruf
150681 titk


Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam yang merupakan mukjizat pada lafaz serta maknanya dan dijanjikan bagi muslim yang membacanya ganjaran yang besar seperti sabdaan Nabi sollallahu alaihi wasallam:

"barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya sepuluh hasanah(kebaikan) dan aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf bahkan alif satu hurf, lam satu huruf dan mim satu huruf"

Rakan-rakan sekalian, banyak Allah sediakan ganjaran untuk hambanya, rebutlah peluang ini selagi belum sampai hari pembalasan yang mana di sana segala amalan tidak berguna lagi. hanya berbekalkan iman dan amal sahaja....




Tuesday, January 12, 2010

Keutamaan Menghafal Al Quran.

Banyak hadith Rasulullah SAW yang mendorong untuk menghafal Al Quran, atau membacanya di luar kepala, sehingga hati seorang individu Muslim tidak kosong dari sesuatu bahagian dari kitab Allah SWT. Seperti dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas secara marfu`: “Orang yang tidak mempunyai hapalan Al Quran sedikitpun adalah seperti rumah kumuh yang mauh runtuh”( Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi dari Ibnu Abbas (2914), ia berkata: hadits ini hasan sahih)

Dan Rasulullah SAW memberikan penghormatan kepada orang-orang yang mempunyai keahlian dalam membaca Al Quran dan menghafalnya, memberitahukan kedudukan mereka, serta mengedepankan mereka dibandingkan orang lain.

.

Dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah SAW mengutus satu utusan yang terdiri dari beberapa orang. Kemudian Rasulullah SAW menyemak kemampuan bacaan dan hafalan Al Quran mereka: setiap golongan lelaki dari mereka ditanyakan sejauh mana hafalan Al Quran-nya. Kemudian seseorang yang paling muda ditanya oleh Rasulullah SAW : “Berapa banyak Al Quran yang telah engkau hafal, wahai si pulan?” ia menjawab: aku telah hafal surah ini dan surah ini, serta surah Al Baqarah. Rasulullah SAW kembali bertanya: “Apakah engkau hafal surah Al Baqarah?” Ia menjawab: Betul. Rasulullah SAW bersabda: “Pergilah, dan engkau menjadi ketua rombongan itu!”. Salah seorang dari kalangan mereka yang terhormat berkata: Demi Allah, aku tidak mempelajari dan menghafal surah Al Baqarah semata kerana aku takut tidak dapat menjalankan isinya. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SAW bersabda: “Pelajarilah Al Quran dan bacalah, kerana perumpamaan orang yang mempelajari Al Quran dan membacanya, adalah seperti tempat bekal perjalanan yang diisi dengan minyak misik(kasturi), wanginya menyebar ke mana-mana. Sementara orang yang mempelajarinya kemudia ia tidur –dan dalam dirinya terdapat hafalan Al Quran— adalah seperti tempat bekal perjalanan yang disambungkan dengan minyak misik(kasturi)” (Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia menilainya hadits hasan (2879), dan lafaz itu darinya. Serta oleh Ibnu Majah secara ringkas (217), Ibnu Khuzaimah (1509), Ibnu Hibban dalam sahihnya (Al Ihsaan 2126), dan dalam sanadnya ada `Atha, Maula Abi Ahmad, yang tidak dinilai terpercaya kecuali oleh Ibnu Hibban)


Jika tadi kedudukan pada saat hidup, maka saat mati pun, Rasulullah SAW mendahulukan orang yang menghafal lebih banyak dari yang lainnya dalam kuburnya, seperti terjadi dalam mengurus syuhada perang Uhud. Rasulullah SAW mengutus kepada kabilah-kabilah para penghafal Al Quran dari kalangan sahabat beliau, untuk mengajarkan mereka kefarduan tentang Islam dan akhlaknya, kerana dengan hafalan mereka itu, mereka lebih mampu menjalankan tugas itu. Di antara sahabat itu adalah: tujuh puluh orang yang syahid dalam kejadian Bi`ru Ma`unah yang terkenal dalam sejarah. Mereka telah dikhianati oleh orang-orang musyrik. Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Penghafal Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah. Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (darajat demi darajat dalam syurga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan” (Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia menilainya hadith hasan (2916), Ibnu Khuzaimah, al hakim, ia menilainya hadits sahih, serta disetujui oleh Adz Dzahabi (1/553))


Balasan Allah SWT di akhirat tidak hanya bagi para penghafal dan ahli Al Quran saja, namun cahayanya juga menyentuh kedua orang tuanya, dan ia dapat memberikan sebahagian cahaya itu kepadanya dengan berkah Al Quran. Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Al Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, maka keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini? dijawab: “kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari Al Quran”(Hadits diriwayatkan oleh Al Hakim dan ia menilanya sahih berdasarkan syarat Muslim (1/568), dan disetujui oleh Adz Dzahabi. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya (21872) dan Ad Darimi dalam Sunannya (3257))

Kedua orang itu mendapatkan kemuliaan Tuhan, kerana keduanya berjasa mengarahkan anaknya untuk menghafal dan mempelajari Al Quran semenjak kecil. Dan dalam hadith terdapat dorongan bagi bapa dan ibu untuk mengarahkan anak-anak mereka untuk menghafal Al Quran semenjak kecil. Ibnu Mas`ud berkata: “Rumah yang paling kosong dan lengang adalah rumah yang tidak mengandung sedikit pun bahagian dari Kitab Allah SWT ”(Diriwayatkan oleh Al Hakim dari Ibnu Mas`ud secara Mauquf. Ia berkata: sebagian mereka memarfu`kannya, demikian juga dikatakan oleh Adz Dzahabi (1/566)). Dan pengertian kata “ashfaruha” adalah: yang paling kosong dari kebaikan dan berkah. Al Munziri meriwayatkan dalam kitab At Targhib wa At Tarhib dengan kata: “ashghar al buyut” dengan ghain bukan fa. Dan maknanya adalah: rumah yang paling hina kedudukannya, dan paling rendah nilainya.