Thursday, December 31, 2009

5 DOA UNTUK KITA KONGSI BERSAMA

Surah Al-Fatihah Ibu Segala Doa, Penawar Segala Masalah

Maksudnya : “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi. Segala puji tertentu bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang0orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”


Surah Al-Baqarah Ayat 127-128 : Doa Agar Menjadi Hamba Yang Taat

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua; orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”


Surah Al-Baqarah Ayat 156 : Doa Semasa Ditimpa Musibah

Maksudnya : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”


Surah Al-Baqarah Ayat 201 : Doa Untuk Kebaikan Dunia Akhirat

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka.”


Surah Al-Baqarah Ayat 250 : Doa Agar Diberi Kesabaran Dan Kekuatan

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.”

Wednesday, December 30, 2009

KATA-KATA ULAMA' TERHADAP TAFSIR QUR'AN PERKATA

1. Drs. H. Amidhan, Ketua Majlis Ulama’ Indonesia (MUI)Pusat

“ Kami bersyukur dengan hadirnya Tafsir Qur’an Perkata yang diterbitkan oleh Maghfirah Pustaka. Karya ini akan memudahkan kita untuk menyelami lebih dalam kandungan makna yang terdapat dalam setiap ayat al-Qur’an. Apalagi buku ini juga dilengkapi dengan terjemahan dan asbabun nuzul. Dengan demikian amal yang kita lakukan berlandaskan ilmu kerana kita telah memahaminya”.

2. Dr. Atabik Luthfi, MA. Alumni Fakulti Al-Qur’an Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan Doktor bidang tafsir dari Universiti Malaya, Malaysia

“umat sangat mendambakan hadirnya sebuah tafsir ringkas namun menyeluruhdengan tetap memerhatikan aspek-aspek yang harus ada dalam sebuah penafsiran : penggalian makna, hikmah dan kesimpulan hukum, ditambah dengan sejarah penurunan ayat. Kerana tafsir seperti ini akan menambahkan kejelasan maksud kalamullah. Mushaf ini hadir untuk merealisasikan harapan di atas, tentu dengan kelebihan menonjol dari segi penguatan makna yang tidak terikat dengan makna literal yang seringkali justeru mengaburkan – jika tidak bertentangan – dengan maksud yang sebenarnya semoga pemahaman umat akan lebih baik dan benar dengan kehadiran tafsir ini.

3. KH. Dr. Ahzami Samiun, MA. Dosen Tafsir Pascasarjana, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta

“Di zaman yang serba instant dan cepat, dibutuhkan juga cara belajar memahami al-Quran yang cepat. Tafsir Qur'an Per Kata adalah cara cepat belajar memahami al-Quran, kerana penulis cukup baik meringkas banyak ilmu - yang berkaitan dengan tafsir - dalam tafsir per kata yang ringkas dan utuh. Tafsir ini seperti menghidupkan tradisi cara belajar tafsir yang baik di pesantren yang menjelaskan tafsir ayat kata per kata lalu menjelaskan makna secara utuh. Kerana itu, tafsir ini sangat baik digunakan untuk belajar otodidak atau diajarkan di majlis taklim dan lembaga pendidikan Islam”.