Sunday, February 21, 2010

warong ayahda

Assalamualaikum


NUHIN WARUNG SOTO





Bagi penduduk yang tinggal di Rengit, Batu Pahat, Johor, mungkin dah biasa dengan nama dan warung ini.

UTK PENGETAHUAN

Warung ini telah diusahakan oleh Hj. Nuhin B Rahmat (wak Nuhin) berusia 70 tahun dan Isteri Hjh Baenah bte Marjan berusia 57 tahun serta anak-anak mereka (termasuk penulis blog ni)hehehe. beliau telah telah memulakan perniagaan warung soto ini sekitar tahun 1985 hingga sekarang dan hampir 25 tahun warung ini telah beroperasi.






Warung ini beroperasi

Hari : Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad
Jam : 10.00 pagi hingga 6.30 petang

Tempat :

No 1, Jln Jaya Diri,
83100 Rengit, Batu Pahat,
Johor.

link utk peta:
http://maps.google.com.my/maps/mpl?ie=UTF8&moduleurl=http:%2F%2Fmaps.google.com.my%2Fhelp%2Fmaps%2Flocal_search%2Fmapplet.html&mapclient=google&f=q&hl=en&ll=1.69937,103.139648&spn=0.061599,0.109863&z=14

p/s :

untuk sesiapa yang belum lagi merasai soto wak nuhin ini. boleh la anda pergi utk merasai kenikmatan soto sebenar...InsyaALLAH..

sedap dari ALLAH SWT.


gambar-gambar yang boleh memukau anda:



mangkuk soto




antara bahan-bahannya
-ayam
-lontong
-daun sup
-tauge



kuah soto yang memukau jiwa



ayam goreng

Monday, February 8, 2010

TAFSIR QURAN PERKATA & Prosedur menjadi EGEN


Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif. Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).


Istimewa 5 dalam 1 :
  1. Terjemahan per kata
  2. Terjemahan ayat
  3. Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
  4. Nota kaki sebagai huraian tambahan
  5. Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab

Ciri-Ciri Istimewa :
  1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
  2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru, Merah, Merah Jambu & Ungu) SEKIRANNYA ADA STOK
  3. Berat hanya 1.3 kg.
  4. Saiz A4.
  5. mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.




Tafsir bukan Terjemahan, begitulah menurut penulis tafsir ini. kerana perkataan غشوة misalnya bermaksud tutup/tabir, tetapi di dalam Tafsir Per Kata ini tafsirnya ditulis terus di bawah setiap lafaz arabnya; "terdapat tutup (sehingga tidak melihat kebenaran)."

Tafsir Per Kata ini juga dilengkapi dengan Asbab An-Nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran. Semuanya lengkap dalam satu naskah sahaja.

Walaupun dalam bahasa Indonesia, tetapi mudah sahaja difahami. Tambahan pula, kita di Malaysia ini memang sudah biasa menggunakan tafsir Indonesia.Sangat sesuai dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira umur.

Bagi mereka yang belum pernah belajar bahasa Arab, Tafsir ini sangat membantu. Setiap kalimah telah diceraikan, memudahkan anda mengetahui maknanya. Secara tidak langsung, membantu anda mengetahui tempat waqaf bacaan Al-Quran berdasarkan makna ayat yang sempurna. Begitu juga bagi mereka yang pernah belajar Bahasa Arab, Tafsir ini mampu membantu anda 'refresh' kembali kemahiran Bahasa Arab anda.

Bagi pelajar Pengajian Islam, SPM, STPM, STAM Guru-Guru Pendidikan Islam, Guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ), Pegawai Jabatan Agama tidak lengkap kiranya jika tidak memiliki naskah Tafsir ini.



Tafsir ini lebih bermanfaat jika dijadikan hadiah hari lahir, hadiah buat ibu bapa, adik beradik, hantaran perkahwinan dan pelbagai lagi... Tetapi jangan lupa pula menggalakkan mereka membacanya...


Jangan ketinggalan memiliki Tafsir yang hebat ini. Jika PlayStation, komputer, dan segala macam jenis alat permainan kita mampu beli, mengapa tidak Tafsir ini???


LANGKAH PEMBELIAN
  1. Hubungi saya (Mohammad ilyas : 0132509832) untuk membuat tempahan.
  2. Buat bayaran melalui akaun Maybank (Mohammad Ilyas Bin Nuhin : 151445105143).
  3. Penghantaran akan dibuat dalam masa 48 jam setelah bayaran anda disahkan.

RM100 (PENGHANTARAN MELALUI POS RM10)


InsyaAllah, semoga kita semua beroleh manfaat di dunia dan di akhirat...

Terima Kasih




untuk sesiapa yang ingin menjadi pengedar boleh sahaja terus berunding dengan saya

Mohammad Ilyas Bin Nuhin
013-2509832

Keraguan anda berkaitan hukum pos Al-Quran boleh rujuk :
http://www.e-fatwa.gov.my/jakim/keputusan_view.asp?keyID=42




PROSEDUR UNTUK MENJADI EGEN TAFSIR QURAN PERKATA


Assalamualaikum....

Ada rakan-rakan kita yang ingin menjadi pengedar tafsir quran perkata ini....

Alhamdulillah dan syukur saya panjatkan kepada Allah SWT...

Tafsir ini merupakan satu kaedah ulama' bagi membantu ummah dalam memahami al-quran, tidak rugi bagi sesiapa yang dapat memahami al-quran kerana ganjarannya sangat banyak Allah SWT sediakan pada hambanya, antaranya :

Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )

Ok, bagi rakan-rakan yang ingin menjadi pengedar, harga yang saya tawarkan untuk pengedar adalah seperti berikut :


BILANGAN TAFSIR & HARGA SEUNIT


8 - 15 buah : RM85

16-50 buah : RM80



***Kesemua urusan jual beli ini adalah secara TUNAI SAHAJA.

Harga pasaran sekitar RM 120 - RM150


Bagi rakan-rakan yang ingin menjadi pengedar, syarat-syarat yang dikenakan adalah seperti berikut:

1. Anda sekurang-kurangnya sudah memiliki sebuah Tafsir Quran Perkata sebagai sampel.

2. Anda dikehendaki membaca Mukaddimah Tafsir Quran Perkata.

3. Cuba mengamalkan pembacaan dengan menggunakan Tafsir ini.

4. Niat bukan sahaja untuk berniaga bahkan untuk memahami Al-Quran.




Gambar : contoh banner yang digantung untuk meja jualan

Bagi urusan penghantaran, ada 4 kaedah:

1. Dengan pos laju.
Barang akan sampai dalam masa 1 hari selepas penghantaran. Barang akan dibungkus dalam 1 kotak. 1 Tafsir kosnya adalah RM10.70. Jika 10 buah, maka kos posnya adalah RM107.00.

2. Dengan pos biasa tetapi berdaftar.
Barang akan sampai dalam masa kurang 8 hari. Kos bagi 1 Tafsir adalah RM5.00. Jika 10 buah, maka kos pos adalah RM50.00.

3. Dengan bas.
Barang akan sampai di stesen bas. Perlu menunggu di stesen bas. Kos penghantaran sekitar RM25 bagi 1 kotak.

4. Datang ambil sendiri.



untuk keterangan lanjut hubungi penulis :

Mohammad Ilyas Bin Nuhin

celcom : 0 1 3 - 2 5 0 9 8 3 2

ilyas_5901@yahoo.com